bebs,
thanks again for being there for chill & me. pres banjo, tambun, mangj, nickky, nijar & sharafi. well the numbers might not
be that shocking nor awesome, but we had fun just the same. we did seremban and we did pd, all in 24 hours. to you guys
kawan berbual till the wee hours, i appreciated it very much.
again thanks to the host for the bed & breakfast and to nijar for the cartload of tesco goodies. and thanks to tambun and
mangj for having lower pinfalls than me ......heh heh heh
taring - bila nak bno kat jb laks. sini ada clubhouse with a pool table, karaoke set, live band facilities and beverages and
snacks sold. tidur boley kat seri malaysia, just 1 km away from the club. olympic size swimming pool pun ada kat sebelah
seri malaysia. ada brani?
Rujukan Surat tuan:...................
Surat sdarian84-2003-2004-Bil 2/2003-4
Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera sekalian.
Menjunjung perintah duli-duli yang maha mulia, maka saya dengan ini
mengumumkan peristiwa terbaru dalam agenda budak keluar malam.
Perjumpaan diHilton dihadiri oleh Tuan Presiden, Encik Sharafi dan Nik
Yasin serta beberapa orang lain yang tidak dikenalpasti oleh mereka
berdua.
Rombongan yang turut disertai oleh Cikgu Zahari, Encik A. Razally dan
M. Eddzam ( ini bukan bekas-bekas penyanyi pop-ye-yeh, ya) kemudiannya
menyusuli MJ (Azman J, bukan Michael Jackson kat US tu) berehat
seketika di Istana Hinggap terbaru N9 ,iaitu di Panchor Paroi.
Acara bowling dimulakan di Seremban Parade selepas maghrib dan turut
disertai di kerangka (hah???? 'frame' in Malay) kedua oleh setiausaha.
Mata yang dikutip oleh peserta adalah seperti disenaraikan oleh
capaian berikut.
Click HERE
Acara makan malam diHilton disudahi dengan keberangkatan pulang Encik
Nik Yasin yang mempunyai urusan perjalanan keesokan harinya.
Rombongan Budak Keluar Malam kemudiannya bertolak ke PD lewat tengah
malam dengan ehsan Toyota Estima tajaan Encik Syarafi.
Acara pembelian rokok yang agak lama di sebuah kedai mamak diBt. 6,
depan stesyen minyak Shell yang telah ditutup agak awal, diikuti oleh
acara berkelah diBt. 8.
Acara renang tidak dapat diteruskan kerana kelengkapan tidak
disediakan dan keadaan malam yang agak gelap gelita. Bagaimanapun,
terdapat beberapa acara yang agak menarik seperti acara yang
melibatkan sehelai tuala biru yang tidak disedari oleh setiausaha.
Oleh itu, acara tersebut tidak dapat diulas.
Perjalanan kembali ke istana Panchor Paroi dilaksanakan oleh pemandu
ujian yang telah dilantik oleh penaja, iaitu Cikgu Zahari yang
berpengalaman luas dalam pemanduan semenjak pemanduan di Amerika
Syarikat lagi. Pemanduan tangan kanan tidak menjejaskan Cikgu Zahari
yang dilatih memandu dilaluan yang salah, iaitu di laluan kiri.
Acara sesudah subuh disertai oleh orkestra ChenKeRik yang dipimpin
oleh Encik MJ. Nyanyi solo disumbang oleh Encik A. Razally. Sesudah
tuan presiden memeriahkan suasana dengan menyertai acara orkestra ini,
cikgu Zahari tidak dapat menahan perasaan beliau untuk turut serta.
Encik M. Eddzam dan Encik Syarafi juga menyumbang beberapa minit masa
mereka untuk acara ini.
Minum pagi yang disediakan oleh tuan presiden diserikan oleh Kaya asli
dari Kuala Pilah yang amat membangkitkan selera. Acara seterusnya
ialah perlawanan ulangan bowling yang dijalankan selepas Zohor.
Keputusannya turut dapat dilihat dicapaian yang dinyatakan sebelumnya.
Perpisahan telah bermula pada pukul lima petang dimana satu gambar
menarik telah diambil dan diletakkan di capaian berikut bersama dengan
gambar-gambar lain. Kesilapan jurugambar yang terlupakan kamera pada
sessi awal bowling menyebabkan ketiadaan gambar Nik Yassin. Kesilapan
ini adalah amat dikesali.
Capaian ialah pada
http://www.eng.upm.edu.my/~aznijar/sdar/20030531BNO.html
Secara menyeluruh, seluruh warga sdarian84 yang menyertai acara-acara
sepanjang lebih kurang 24 jam bersama adalah amat menarik dan mencapai
hasrat tujuan berkumpul. Terima kasih kepada semua yang hadir secara
fizikal dan juga mental. Segala kekurangan dan kelemahan harap dapat
dilupakan dan dimaafkan.
Selamat menyambut kebahagiaan kepada kedua pasangan suami isteri
M.Eddzam (02 Jun) dan juga I. Feisal (03 Jun) untuk menandakan
penyatuan halal mereka. Selamat menyambut hari lahir juga kepada
mereka yang mahukan anak kucing didalam tin.
Tak juga lupa untuk mengucapkan salam simpati dan takziah dari
kumpulan ini kepada bekas presiden diatas pemergian ahli keluarga yang
dicintai mengadap Allah s.w.t. Semoga Allah merahmati allahyarham dan
seluruh umat islam, samada yang masih hidup atau yang telah lama
meninggalkan kita semua. Semoga perjumpaan kita kembali dimasyar akan
membuahkan kejayaan yang cemerlang diJannah.
Semoga bertemu lagi diperjumpaan akan datang, di Johor Bahru.
Sekian terima kasih.
'Gunakanlah Bahasa Kebangsaan'
'Bahasa Jiwa Bangsa'
'Berilmu untuk Berjasa'
'Negaraku (versi Mahathir)'
Wassalam,
aznijar.
Setiausaha I
Al-Qaeda... ehhhh Kumpulan Sdarian84/2003-4